Rabu, 12 Disember 2012

PROFESSIONAL ACCOUNTANT TO BE

Assalamualaikum *Kebas kebas blog*
Habuk berterbangan. Labah dan burung burung mula bersarang. Cough cough cough. Hati terdetik mahu mengarang. Ku duduk termenung di tepi tingkap menongkat dagu melihat mendungnya awan. Sejak akhir akhir ini, air hujan tidak berhenti berhenti memuntah ke perut bumi. Kilat pancar memancar. Guruh berdentum garang. Ya Allah, bukan aku mengeluh. Sungguh semuanya rahmatMu. Alhamdulillah aku bersyukur.
Dan tiba tiba ingatan melayang jauh ketika di bangku sekolah. 2011. Bertudung litup berkurung biru *Pengawas cewah*. 





Dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 merekalah classmate, merekalah roomate dan merekalah soulmate. Pendek kata, merekalah lifemate aku. Makan semeja tidur sebilik main gelak bersama. Ada yang macam ni ada yang macam tu ada yang takboleh macam tu ada yang tak boleh macam ni. Ada yang perangai gila gila gila ada yang pasif *aku lahtu*. Macam macam.  Alahai rindunya. 

Dan aku, jujur aku memang kuat tidur dalam kelas. Bila bangun, basah lencun tudung. Tanya kawan sebelah meja 'Bau apa busuk doh?', bau punya bau punya bau..... hm rupanya bau tudung saya yang lencun mencun dengan air liur basi. Selekehnya lah kan. *Tutup muka*. Malu. 

SEKARANG, semuanya membawa haluan masing masing. Ada yang ke sini ada yang kesana. Dan aku pula kesitu.Berpisah kita hanya sementara dan berpisah kita mencapai cita. Semoga apa yang dihajati oleh kalian terlaksana dengan izinNya. Insyallah Ameen. 

Ya Allah…
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat. 
Ya Muhaimin…
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu. 
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah…
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak. insya-Allah
Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain” — Umar Al-Khattab 

Salam rindu buat kalian khas dari United Kingdom *Berangan* 
Sekian Assalamualaikum